Pengaruh Kawan
c0mments!
Salam sejahtera semuanya, hari ini saya akan berkongsi cerita mengapa kita harus memilih teman dengan benar kerana jika tidak, kita akan terbawa-bawa menjadi buruk
Ada banyak sekali orang yang terpengaruh oleh kawan-kawannya. Pengaruh dari kawan-kawannya dapat menjadi pengaruh yang baik atau pengaruh yang buruk. Jika pengaruh itu baik, maka itu tidak akan menjadi masalah, tetapi jika pengaruh itu tidak baik, itulah yang sangat mengkhawatirkan. Maka kerana itu, kita harus memilih kawan yang baik buat kita.
Dari pandangan saya, kawan-kawan baik saya harus mempunyai beberapa syarat tertentu. Orang-orang yang suka berkelahi, melawan ibu bapa, tidak pernah melakukan perintah guru dan ibu bapa, adalah contoh orang-orang yang tidak baik untuk dijadikan sebagai kawan. Menurut saya, orang-orang yang baik untuk dijadikan kawan ialah harus berbaik hati kepada siapapun, tidak membantah perkataan ibu bapa, selalu jujur dan dapat dipercaya.
Ada banyak peranan-peranan yang perlu dilakukan oleh seorang kawan. Misalnya sebagai kawan yang baik, seorang kawan harus menyenangkan hati kawannya yang lain yang sedang bersedih hati. Tidak hanya itu saja, kawan juga harus saling membantu satu sama lain seperti berbagi pengetahuan, memberikan semangat, membantu memecahkan masalah yang sedang dihadapi oleh kawan.
Kawan juga dapat mempengaruhi kita. Maka kerana itu kita harus memilih kawan dengan benar, jangan sampai kita terpengaruh dan menjadi anak tidak baik. Ada banyak sekali alasan mengapa kawan dapat mempengaruhi kawannya dengan sangat mudah, tetapi saya hanya akan beberapa dari itu. Biasanya kita sangat sering bertemu dengan kawan-kawan kita. Dari situ kita akan diajak kawan-kawan ita untuk pergi keluar pada malam hari untuk bermain bersama mereka. Pada malam itu, kawan-kawan kita akan melakukan apa yang biasanya mereka lakukan. Jika kawan-kawan kita baik, kita tidak akan mendapatkan masalah, tetapi jika kawan-kawan kita adalah anak-anak yang buruk, itu akan menjadi masalah besar.
Pertama, mereka akan menunjukkan hal-hal yang tidak baik kepada kita. Kemudian, mereka akan menawarkan hal-hal yang buruk itu kepada kita. Biasanya anak-anak pada masa sekarang akan sangat mudah terengaruh, bahkan jika kita menolak ajakan itu, biasanya mereka akan menghasut kita seperti,”Hey, awak mau cuba tak? Merokok itu sedap.”Pada tingkat ini biasanya anak-anak sudah mulai terhasut, tetapi jika masih belum terhasut mereka akan berkata,”Ah, dasar penakut! Merokok saja tidak berani.”Di sini biasanya kita pasti ingin membuktikan bahawa kita bukanlah seorang penakut dan pada akhirnya, kita akan mencubanya, mengakibatkan kita ketagihan.
Tetapi saya tidak berkata bahawa kita tidak perlu berkawan. Jika kita ingin berkawan pilihlah kawan yang baik. Kita juga dapat berkawan dengan yang tidak baik, tetapi janganlah kita berkawan dengan mereka sampai tidak terlepas dari mereka. Sebaiknya kita berkawan dengan mereka sekedar mengenal, tidak sampai terlalu dalam. Saya berkata begini kerana saya tahu bahawa teman sangatlah penting kerana teman dapat diajak bercanda, dan lebih dari itu jika kita berkawan dengan semua orang maka kita tidak akan mempunyai banyak musuh.
Kerana itu kita harus memilih teman dengan baik. Jangan sampai kita terbawa menjadi anak yang tidak baik.
I Played @
6:38 AM