komentar saya tentang kenaikan tambang
c0mments!
Salam sejahtera bagi semua pembaca. Kali ini saya akan memberikan komentar tentang satu artikel yang saya baca. Arikel itu berisi tentang kenaikan tambang pada beberapa transportasi awam.Beginilah ringkasan ceritanya.
Mulai 1 Oktober akan ada kenaikan tambang bas sekitar satu hingga dua sen. Namun PTC menolak permintaan kenaikan tambang MRT&LRT. Pengerusi PTC, Encik Gerard Ee, berkata pihaknya perlu mengimbangi kepentingan penumpang dan memastikan pengendali pengangkutan awam (PTO) dapat terus berdaya maju sebelum meluluskan kenaikan itu.
Kadar tambang kad kosesi warga tua akan juga dinaikan dua sen bagi setiap perjalanan. Namun, kadar tambang bagi kanak-kanak, para pelajar dan anggota NS, serta tambang tunai bas awam tetap tidak berubah.
PTC telah membandingkan Rota PTO dengan pengendali pengangkutan yang lain. Ia menunjukkan industri (MRT&LRT) adalah lebih baik.PTC telah membandingkan Rota bagi SBS Transit tahun lalu adalah 7.9 peratus manakala Rota bagi SMRT ialah 11.4 peratus. Padahal, sebagai perbandingan, Rota bagi syarikat pengendali lain seperti MTR, Arriva PLC dan Singapore Airlines ialah antara 4-9.7 peratus.
Selain dari MRT dan bus ada juga alat pengankutan awam yang lain adalah teksi. Teksi biasanya dipakai bagi mereka yang ingin cepat sampai ke tempat tujuan. Kenaikan tambang teksi pada tahun lalu mengecewakan beberapa syarikat pengendali teksi yang dikatakan tinggi sewaktu masa-masa sukar ini. Ditambah lagi akhir-akhir ini kedengaran suara tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan pemandu teksi. Ditambah lagi tidak ada teksi menjelang tengah malam-kerana tengah malam tambang teksi di singapura naik satu setengah kali ganda. Ditambah lagi pada waktu sibuk dari jam 7 pagi sampai 9 .30, tambang waktu sibuk dinaikkan.
Memandangkan ketiga-tiga syarikat pengendali teksi, pemandu teksi dan penumpang-adalah saling bergantungan. Jadi menurut pendapat saya harga tambang untuk teksi tidaklah perlu untuk dinaikkan kerana itu hanya membuat para penumpang semakin kecewa dengan harga teksi yang mahal.
I Played @
6:26 PM